Siri Cyber Hygiene Sesi Jun
19 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniSecara keseluruhannya, program Siri Cyber Hygiene telah berjaya meningkatkan kesedaran peserta mengenai amalan keselamatan siber yang perlu diamalkan dalam kehidupan harian. Peserta didedahkan kepada pelbagai ancaman siber seperti penipuan dalam talian, pancingan data (phishing), perisian hasad (malware), kecurian identiti serta risiko perkongsian maklumat peribadi di internet.
Melalui siri ini, peserta mempelajari langkah-langkah asas keselamatan siber seperti penggunaan kata laluan yang kukuh, pengaktifan pengesahan dua faktor (2FA), kemas kini perisian secara berkala, pengurusan maklumat peribadi yang selamat serta cara mengenal pasti dan mengelakkan ancaman siber. Pengetahuan ini penting untuk membantu pengguna melindungi data, peranti dan akaun digital daripada sebarang bentuk penyalahgunaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: